Tuesday 29 March 2011



Produk LITCHIN DEBELLA dilancarkan 15 Mei 2010. Produk ini telah diuji cuba kepada 50 orang pengguna selama 10 hari. Rekod komposisi tubuh pelanggan dicatatkan sebelum pengambilan, terutama lemak tubuh(BF), peratus air dalam tubuh(TBW), musle mass(MM), kandungan lemak dalam organ (VF) dan usia dalaman serta kolestrol.

Selepas 10 hari catatan diambil semula, dan pengurangan berat badan secara purata ialah sebanyak 3-7kg, lemak tubuh (BF) berkurangan 2-4%, air dalam badan (TBW) meningkat 1-4%, lemak organ (VF) menurun 1-3, usia organ dalaman menurun dan semua pengguna bertambah sihat dan langsing.

Jangan Tunggu Lagi

JANGAN buang masa anda lagi. Mulakan langkah anda sekarang. Jimatkan wang anda dengan membeli Set Debella Litchin Trader yang mengandungi :
7 kotak Enzim dan 7 kotak Fiber 

Monday 28 March 2011

Sedia Membantu Anda

SAYA sedia membantu anda, kenapa saya katakan begitu? kerana saya sendiri pernah mengalami dan menghadapi masalah yang anda hadapi.
Apa masalah utamanya adalah, jahilnya kita tentang diet pemakanan kita, apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak. Secara moralnya, selagi makanan itu berstatus halal, maka kita tidak boleh menggelak dari menyentuh dan merasanya. Cuma kita tidak pernah mengambil kisah tentang kandungan kalori bagi setiap makanan yang kita suapkan ke dalam perut kita. Berapa keperluan kalori harian kita tidak pernah kita hiraukan. Berapa banyak kalori yang kita bakar semula dengan aktiviti harian kita tidak langsung kita ambil tahu. Pernahkah sesiapa yang bercerita mengenainya kepada kita, atau kita sendiri yang tidak pernah ambil peduli.
Saya akan membimbing anda dari segi displin pemakanan, pengambilan kalori yang betul setiap hari sehingga anda mencapai target berat unggul yang anda impikan. Jika saya dan orang lain boleh kenapa tidak juga anda.
Mendapat bimbingan daripada orang yang betul adalah amat penting kerana ianya akan memberi kesan kepada wang ringgit dan masa yang anda telah keluarkan. 
SMS SEGERA 019 3483526 @ JADI RAKAN FACEBOOK SAYA 



gambar ini sekadar contoh sahaja.

Jom Berubah !

KENAPA perlu berubah? Demi masa depan kita yang lebih baik, kesihatan adalah amat berharga daripada segalanya. Jika sudah sakit, terlantar di hospital, kena makan ubat, pada masa itu tak guna nak sekat makan minum kerana dah memang tentu tak ada selera makan pun.
Ini lah masanya untuk ANDA yang mengalami masalah KEGEMUKAN ( sila buat semakan BMI ) agar belum terlambat. 
Korbankan dan habiskan sedikit wang ringgit kita demi  kesihatan diri kita sendiri, bukan untuk orang lain pun  yang tak pernah nak kisahkan kesihatan kita. BERTINDAK lah sekarang keputusan di tangan anda.

Sebenarnya pelbagai kaedah boleh digunakan bagi menurunkan berat badan seseorang. Dalam Blog ini saya akan berkongsi pengalaman dan akan membimbing anda terutamanya para wanita seusia saya yang menghadapi masalah yang sama yang pernah saya amali sebelum ini.
Saban hari di dada akhbar, di media massa di internet serta iklan billboard tepi lebuhraya terpampang iklan menguruskan badan. Tidak dinafikan semua produk tersebut bagus dan berkesan, walau bagaimana pun, ianya bergantung kepada sejauh mana kuatnya DISIPLIN kita semasa menggunakan produk tersebut.
Saya seperti anda juga, mempunyai pengalaman berharga, berhabis ribuan ringgit mendaftar diri di sebuah pusat pelangsingan badan. Enam bulan sesi perampingan bukan satu tempoh yang singkat, tetapi keputusannya amat mendukacitakan. 
Sepanjang tempoh enam bulan sebiji nasi tidak ditelan, hanya berbekalkan serbuk minuman dari pusat pelangsingan buat pengalas perut. 

Masalah Obesiti


Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat.

Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira berat badan dalam unit kilogram (kg) dan  dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua (m2 ).


Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti :


1. Diabetis.
2. Darah tinggi.
3. Penyakit jantung.
4. Kegagalan sistem pernafasan.
5. Kegagalan sistem perkumuhan.
6. Kanser 

Sunday 27 March 2011


Litchin Pakej 10 Hari

RM 290.00

Litchin Pakej 10 Hari

Litchin Pakej 10 Hari - termasuk 1 kotak Enzim, 1 kotak Fiber serta percuma 1 "shaker" dan 1 majalah De Bella Litchin.
Cara pengambilan:
Litchin Enzim - Satu sachet + 200ml air putih sejam sebelum sarapan pagi dan sejam sebelum makan malam.
Litchin Fiber - Satu sachet + 200ml air putih setiap malam sebelum tidur.
Minum air putih yang banyak sehingga 5 liter sehari.







Litchin Pakej 20 Hari
RM 435.00
Litchin Pakej 20 HariLitchin Pakej 20 Hari - termasuk 2 kotak Enzim, 1 kotak Fiber serta percuma 1 "shaker" dan 1 majalah De Bella Litchin.
Cara pengambilan:
Litchin Enzim - Satu sachet + 200ml air putih sejam sebelum sarapan pagi dan sejam sebelum makan malam.
Litchin Fiber - Satu sachet + 200ml air putih setiap malam sebelum tidur.
Minum air putih yang banyak sehingga 5 liter sehari.






Litchin Fiber

RM 145.00
Litchin Fiber
Keperluan Litchin Fiber De Bella ini adalah sebagai minuman diet untuk membantu menyingkirkan toksik dalam badan, mengatasi sembelit, mengempiskan perut dan melancarkan pembuangan najis.
Kandungan Litchin Fiber De Bella – Pineapple Powder, Green Tea Powder, Lipase, Amylase, Sucrase (Invertase), Lactase, Pectin, Sucralose, Spirulina, Chlorophyll, Aloe Vera Extract, Lactose & Psyllium Husk.







Litchin Enzim

RM 145.00
Litchin Enzim
Litchin Enzim De Bella kaya dengan enzim yang sangat diperlukan tubuh untuk melicinkan proses penghadaman dan bertindak ke atas lemak yang berlebihan pada tubuh badan.

Kandungan dalam Litchin Enzim De Bella - fruit enzim, whey protein, isolated soy protein, soluble fiber, fructose, pectin, acerola powder, colostrum, passion fruit powder, garcinia gambogia dan white kidney bean.













Litchin Trader Set


RM 1,664.00

Litchin Trader Set
Litchin Trader Set - termasuk yuran ahli (RM 40), 7 kotak Enzim, 7 kotak Fiber, serta percuma 7 "shaker", 7 majalah De bella Litchin dan 1 Starter Kit.
Pakej untuk kegunaan sendiri dan jadi pengedar dengan pelbagai keistimewaan ditawarkan seperti mendapat harga diskaun untuk semua produk De bella, bonus jualan dan sebagainya.




Contoh Menu Diet

BREAKFAST
Nestle Fitnese & Fruit
40 gram
138.76 cal
Milk, Low Fat (Susu Lemak Rendah)
120 gram
53.75 cal
 
Subtotal
192.51 cal
SNACK 1
Yakult Light
1 cup
26.10 cal
Jacob's Weetameal
8 gram
33.89 cal
 
Subtotal
59.99 cal
LUNCH
Teh Tarik
240 gram
97.70 cal
Ayam Masak Merah
110 gram
81.60 cal
Nasi Putih (White Rice)
128 gram
166.50 cal
 
Subtotal
345.8 cal
SNACK 2
Yakult Light
1 cup
26.10 cal
Jacob's Weetameal
8 gram
33.89 cal
 
Subtotal
59.99 cal
DINNER
Nasi Putih (White Rice)
128 gram
166.50 cal
Tom Yam Ayam
400 gram
204.60 cal
 
Subtotal
371.1 cal
 
Total
1,029.39 cal

Pembahagian Kalori Setiap Hari

Carta Di bawah boleh dijadikan panduan bagi kita untuk merancang keperluan kalori sepanjang hari, agar tidak terlebih.



Jumlah Keperluan Kalori Untuk Lelaki & Wanita




Wanita dewasa memerlukan 1600-2000 kilo kalori (Kcal) sehari manakala bagi lelaki pula, mereka memerlukan lebih kurang 2000 – 2500 Kcal   sehari.


*Debella Enzim membekalkan sebanyak 329.8 Kcal (100g ) manakala Debella Fiber membekalkan 313.8 Kcal ( 100g ).


Bayangkan berapa banyak lebihan kalori yang telah kita kumpulkan dalam tubuh kita setiap hari melalui makanan.


Kepentingan Air dalam Badan




BAGI sesiapa yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya 3-4 liter sehari. Namun bagi sesetengah orang, nasihat ini sukar diikut dengan alasan mereka akan kerap mengulang ke tandas dan ini bukan perkara yang digemari.
Secara purata, badan kita kehilangan hampir 2.5 liter air (lebih kurang 10 cawan) setiap hari melalui peluh, pernafasan dan pembuangan najis.Hampir 60% daripada berat badan kita adalah berat air, jadi jika berlaku dehidrasi badan akan mengalami perubahan fisiologi yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan, tetapi masalah ini biasanya tidak kita sedari.
Masalah kekurangan air akan menyebabkan jumlah darah yang dipam ke seluruh badan juga berkurang. Akibatnya, jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk membekalkan darah yang mencukupi kepada semua organ dan keupayaan badan mengekalkan tekanan darah juga menurun.
Oleh kerana badan kekurangan air, kita tidak akan berpeluh dan haba tidak keluar dari badan seperti biasa. Dan seterusnya lemak tidak dapat diuraikan.
Antara tanda kekurangan air termasuk:
* Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif
* Terlalu dahaga
* Mulut kering
* Mengantuk
* Air kencing sedikit dan pekat
* Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis
* Lemah otot

* Sakit kepala dan pening
Pada keadaan lebih serius, individu terbabit mungkin mengalami masalah:
* Kurang berpeluh
* Mata cengkung
* Tekanan darah rendah
* Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal)
* Denyutan jantung menjadi cepat
* Demam
* Meracau
* Pengsan

Sikap tidak suka minum air juga sebenarnya menyeksa organ penting badan, terutama buah pinggang, kerana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi menapis bahan-bahan toksik daripada air (tindak balas untuk mengurangkan kehilangan air dari badan).

Kunci kejayaan kepada penurunan berat badan ialah minum air kosong dengan banyak setiap hari! Tetapkan hati, sekiranya kita berazam untuk menurunkan berat, mulakanlah dengan pengambilan air 3-4 liter sehari.