Monday, 28 March 2011

Jom Berubah !

KENAPA perlu berubah? Demi masa depan kita yang lebih baik, kesihatan adalah amat berharga daripada segalanya. Jika sudah sakit, terlantar di hospital, kena makan ubat, pada masa itu tak guna nak sekat makan minum kerana dah memang tentu tak ada selera makan pun.
Ini lah masanya untuk ANDA yang mengalami masalah KEGEMUKAN ( sila buat semakan BMI ) agar belum terlambat. 
Korbankan dan habiskan sedikit wang ringgit kita demi  kesihatan diri kita sendiri, bukan untuk orang lain pun  yang tak pernah nak kisahkan kesihatan kita. BERTINDAK lah sekarang keputusan di tangan anda.

Sebenarnya pelbagai kaedah boleh digunakan bagi menurunkan berat badan seseorang. Dalam Blog ini saya akan berkongsi pengalaman dan akan membimbing anda terutamanya para wanita seusia saya yang menghadapi masalah yang sama yang pernah saya amali sebelum ini.
Saban hari di dada akhbar, di media massa di internet serta iklan billboard tepi lebuhraya terpampang iklan menguruskan badan. Tidak dinafikan semua produk tersebut bagus dan berkesan, walau bagaimana pun, ianya bergantung kepada sejauh mana kuatnya DISIPLIN kita semasa menggunakan produk tersebut.
Saya seperti anda juga, mempunyai pengalaman berharga, berhabis ribuan ringgit mendaftar diri di sebuah pusat pelangsingan badan. Enam bulan sesi perampingan bukan satu tempoh yang singkat, tetapi keputusannya amat mendukacitakan. 
Sepanjang tempoh enam bulan sebiji nasi tidak ditelan, hanya berbekalkan serbuk minuman dari pusat pelangsingan buat pengalas perut. 

No comments:

Post a Comment